Nickelodeon Movies
Nickelodeon Movies

Nickelodeon Movies

Nickelodeon Movies ialah cabang penerbitan wayang gambar Amerika dari saluran kabel kanak-kanak Nickelodeon. Ditubuhkn pada tahun 1994, syarikat ini megeluarkan filem pertama Harriet the Spy pada tahun 1996. Ia telah menghasilkan cereka keluarga dan filem berdasarkan rancangan Nickelodeon, serta adaptasi yang lain dan projek asal. Filem-filemnya yang diterbitkan bersama dan/atau diedarkan oleh pembahagian Viacom Paramount Pictures. Filem-filem dengan kutipan tertinggi studio ini ialah Teenage Mutant Ninja Turtles (2014), yang mengaut $493.3 juta di seluruh dunia, The Adventures of Tintin (2011), yang meraih $374 juta di seluruh dunia, danThe SpongeBob Movie: Sponge Out of Water (2015), yang meraih $323.4 juta di seluruh dunia.[1][2]